F Wan Nor Azlin belum bersara daripada lakonan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wan Nor Azlin belum bersara daripada lakonan

Biarpun kelibatnya ibarat 'tenggelam timbul', bintang drama era 1990-an, Wan Nor Azlin, 48, masih aktif dalam beberapa projek lakonan termasuk di pentas teater. Terbaharu, ibu tunggal beranak tiga ini bakal membintangi teater muzikal, Setiap Derita Pasti Tiba Bahagia yang akan dipentaskan di Auditorium Taman Budaya di Jalan Tun H S Lee, di sini, selama tiga malam mulai esok. "Sudah beberapa kali saya berlakon teater. Tahun lalu, saya terbabit dengan pementasan teater Warisan Yang Hilang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). "Cuma bezanya, teater kali ini berpaksikan muzikal. Saya kena menyanyi dan menari," katanya kepada BH Online. Wan Nor Azlin berkata, dia melakonkan watak Maya. "Kisahnya adalah mengenai Maya yang didera bapanya sejak kecil. Selepas berkahwin, Maya seboleh-bolehnya tidak mahu apa yang dilalui dulu terjadi pada anaknya. "Maya juga aktif membantu anak yang didera dan terbiar," katanya.

Wan Nor Azlin hidup bahagia bersama tiga cinta hatinya iaitu Danial Luqman, 16, Danny Iskandar, 15 dan Dania Camelia, 12. Suaminya, Allahyarham Mohd Yazli Yaacob meninggal dunia tiga tahun lalu. Pelakon ini teruja kerana dalam teater muzikal itu, anak bongsunya turut berlakon. "Dania membawakan watak Maya ketika muda muda. Anak saya giat berteater, malah ketika berusia lima tahun, dia pernah berlakon di bawah pengarah Bade Azmi. Cuma selepas dia bertudung, kegiatan seni mula berkurangan," katanya. Wan Nor Azlin berkata, dia meninggalkan dunia lakonan selama 10 tahun. "Saya tinggalkan dunia lakonan pada tahun 1999 kerana berkahwin. Sekarang, saya perlu kerja keras kerana sudah berstatus ibu tunggal," katanya. Orang ramai yang berminat menonton teater Setiap Derita Pasti Tiba Bahagia, boleh menghubungi Mawar di talian 011-23406073. Tiket dijual pada harga RM30 dan RM50.


Powered by Blogger.