F Wan Mohammad Khair-Il akan disemadikan di makam diraja | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wan Mohammad Khair-Il akan disemadikan di makam diraja

Kelihatan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar melakukan kerja-kerja menggali liang lahad di Makam Diraja Bukit Chandan, di sini, sebagai persediaan menunggu ketibaan jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad.

Jasad Wan Mohammad Khair-Il adalah mangsa kelima ditemukan petang tadi yang terkorban dalam tragedi helikopter mengorbankan enam mangsa semalam.

Antara mangsa yang terdapat dalam penerbangan berkenaan adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah.

Dalam kejadian Khamis lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350 yang membawa Noriah dan lima lagi individu termasuk juruterbang terputus hubungan dan hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Betong menghala ke Kuching.

Selain Noriah, penumpang lain yang berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.
Powered by Blogger.