F Video Presiden Barack Obama Tunjuk Bakat Berlakon Jadi Viral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Video Presiden Barack Obama Tunjuk Bakat Berlakon Jadi Viral

Presiden Amerika Syarikat memakai seluar jeans, menonton wayang dan memandu?

Mungkin itulah antara perancangan Barack Obama setelah tempoh perkhidmatannya sebagai pemimpin AS berakhir pada tahun depan.

Beliau berkongsi perancangan itu dalam satu video lucu bertajuk Couch Commander.

Video berkenaan dikongsi pada majlis makan malam, White House Correspondents' Dinner yang terakhir yang akan dihoskan oleh Obama.

Ia kemudiannya dimuat naik di akaun Twitter rasmi milik White House.

Salah satu babak yang lucu adalah apabila Obama mahu memohon lessen memandu.

Beliau menunjukkan sijil kelahiran beliau dan berkata “Itu sijil kelahiran yang sahih.”

Jenaka Obama merujuk kepada kontroversi kesahihan sijil kelahiran yang sering dibangkitkan oleh musuh politikya dan media AS.

“Saya boleh menjadi diri sendiri. Saya boleh pakai seluar jeans lama saya. Saya benci seluar jeans yang ketat ini,” kata Obama dalam video berdurasi 4 minit itu.

Netizens AS ternyata terhibur dengan aksi Obama, dan ramai anggap beliau sebagai seorang presiden yang 'cool'.


Powered by Blogger.