F Video Polis Menari 'Running Man' Jadi Viral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Video Polis Menari 'Running Man' Jadi Viral

Video polis New Zealand melakukan tarian ‘Running Man' - yang kini menjadi kegilaan ramai - terus viral dengan jutaan jumlah tontonan (views) dan reaksi positif dari polis New York (NYPD).


Cabaran ‘Running Man’ merupakan satu trend media sosial dimana orang ramai berjoget dengan lagu My Boo dari Ghost Town DJs yang menjadi hit pada era 90-an.

Video berdurasi 37 saat itu menunjukkan pihak polis North Island berjoget di tempat kereta awam di Auckland dan dikongsi di laman Facebook mereka pada Selasa.

Kurang daripada 24 jam, ia berjaya meraih lebih 4.8 juta views, lebih daripada seluruh penduduk New Zealand.

“Ia meunjukkan pihak polis sedang berseronok dan untuk membina kepercayaan dan keyakinan,”

"Kebanyakan kakitangan dalam video itu menggunakan hari latihan atau cuti mereka untuk menjayakan pembikinan video itu,” kata jurucakap pihak polis Shelly Nahr yang membantu menganjurkan pembikinan video itu.

Pihak polis berkata dengan mengambil kira jumlah tontonan di YouTube, ia mencatat lebih 11 juta views secara keseluruhan.

Pihak polis New Zealand turut menyeru pihak polis negara lain untuk menyahut cabaran mereka untuk mempersembahkan tarian ‘Running Man’.

Setakat ini, hanya NYPD yang menyahut cabaran mereka sambil berjoget berlatarbelakangkan jambatan Brooklyn.


Powered by Blogger.