F Van Damme Puji, Tiru Cara Hidup Nabi Muhammad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Van Damme Puji, Tiru Cara Hidup Nabi Muhammad

Pelakon lagenda filem aksi Hollywood, Jean-Claude Van Damme, mencuri perhatian dunia terutama dikalangan umat Islam apabila ekoran kenyataannya sekaligus memuji keperibadian dan cara hidup Nabi Muhammad S.A.W.

Baru-baru ini ketika dalam satu temubual bersama media Shembulli, Van Damme atau nama sebenarnya Jean-Claude Camille Fran├žois Van Varenberg, 55, ini berkongsi pendapat beliau mengenai Islam dan Nabi Muhammad.

Laporan turut menyebut, Damme sempat berkongsi tips mengenai penjagaan kesihatan yang sentiasa diamalkan dalam rutin hariannya yang mana amalan-amalan tersebut dipelajarinya berdasarkan amalan Nabi Muhammad.

"Banyak hal yang baik dalam Islam. Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat pintar. Beliau tahu apa yang tepat untuk tubuh di masa depan.

"Jadi jangan tanyakan pada saya, percaya saja, maka anda akan dapat apa yang memang diinginkan oleh tubuh," ungkap Damme ketika ditanyakan mengenai tips dan perkara yang diamalkan dalam penjagaan kesihatan dirinya.

Kenyataan pelakon filem Universal Soldier ini lantas mendapat pelbagai reaksi. Rata-rata kagum dan memuji Damme kerana meskipun bukan seorang Muslim tetapi dia tidak bersikap prejudis bahkan memandang tinggi terhadap Islam.

Untuk pengetahuan, Shembulli adalah media berita Islam Albania. Wawancara Shembulli dengan Damme ini dimuat naik di laman Youtube rasmi media berkenaan pada 2 Mei lalu.


Powered by Blogger.