F Umie Aida teringin menangis lagi dalam skrin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Umie Aida teringin menangis lagi dalam skrin

Kali terakhir membawa watak berat adalah menerusi Air Mata Nur Salina yang diterbitkan pada tahun 2010. Selepas enam tahun, Datin Seri Umie Aida mengakui teringin menangis lagi dalam skrin. Umie berkata, karektor wanita gila-gila bernama Zeenat Manisah dalam drama bersiri Mak Cun cukup menyerlahkan kemampuannya menjiwai apa saja peranan. Namun, hakikatnya, kerinduan terhadap watak berat semakin menebal dalam diri pelakon ini. Umie atau nama sebenarnya, Umi Kalsum Rahmad Ali, 43, menyedari kemungkinan watak humor yang digalas sepanjang dua musim itu sudah kental dalam ingatan ramai. Sehubungan itu, kata Umie, ini menyebabkan penerbit atau pengarah 'takut' menawarkannya peranan berat seperti dulu. "Sebenarnya, saya berbesar hati apabila peminat Mak Cun memanggil saya dengan nama Manisah. Ini menunjukkan mereka menerima pembawaan wanita bermulut becok dan berimej Bollywood itu di luar layar kaca. "Saya sendiri seronok 'mewarnakan' karektor begini yang jauh menyimpang daripada peranan air mata yang sebelum ini sangat dominan dengan saya. "Cuma selepas beberapa tahun tidak bermain dengan emosi dalaman, perasaan ingin kembali menangis atau lebih tepat, menghidupkan watak berat seakan membuak-buak," katanya yang kini bergelar duta CocoZ.Kr. Umie yang baharu menyelesaikan penggambaran musim kedua dua drama arahan Erma Fatima sedang meluaskan perniagaan mayanya dengan rancangan melancarkan jus detox selepas Aidilfitri. Sebelum ini, Umie mengedarkan bedak sejuk jenama Mak Cun selain produk penjagaan rambut.


Powered by Blogger.