F Ulamak Pas kutuk DAP kerana iktiraf LGBT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ulamak Pas kutuk DAP kerana iktiraf LGBT

Dewan Ulamak Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memberi pengiktirafan kepada gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan, pengiktirafan itu dibuat menerusi penubuhan Jawatankuasa Transgender yang mengadakan mesyuarat pertamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang pada 17 Mei lalu.

"Dewan Ulama tidak sokong bawa agenda perhubungan sesama jenis ini, kita seru ulamak, mereka wajib memimpin masyarakat dengan ilmu dan amanah bebaskan khurafat warisan penjajah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ulamak Pas ke-55, di Sweet Beach Resort, Tok Bali, di sini, hari ini.
Powered by Blogger.