F Ukraine menang pertandingan nyanyian Eurovision 2016 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ukraine menang pertandingan nyanyian Eurovision 2016

Penyanyi Ukraine, Susana Jamaladinova atau Jamala dipilih pemenang pertandingan nyanyian Eurovision 2016 hasil lagu melankolik berjudul "1944" yang mengisahkan era pemisahan penduduk Crimean Tatars oleh kerajaan Soviet. Jamala menerima mata tertinggi untuk lagunya itu selepas undi dari juri dan penonton televisyen seluruh Eropah selepas membuat persembahan bersama 26 finalis lain di Globe Arena Stockholm. Lagunya itu memperoleh 534 mata. Pesaingnya dari Australia, Dami Im pula di tempat kedua dengan 511 mata manakala penyanyi Russia, Sergey Lazarev ketiga dengan 491 mata. Persembahan Eurovisyen 2016 ditayangkan secara langsung ke seluruh Eropah, China, Kazakhstan, Australia, New Zealand dan untuk pertama kalinya ke Amerika Syarikat. Pertandingan tahun lalu mencecah hampir 200 juta penonton global. Menampilkan lagi cinta dan keinginan, lagu Jamala ternyata mengagumkan. Dengan lirik suram, ia mengimbau bagaimana penduduk Crimean Tatars, termasuk moyangnya yang dibuang negara ke Asia Tengah pada 1944 oleh rejim Josef Stalin ketika Perang Dunia Kedua. "Saya memerlukan keamanan dan kasih sayang terhadap semua orang," katanya memegang trofi kemenangan bersama bendera Ukraine. Susulan kemenangannya itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko pantas mengucapkan tahniah dengan menyifatkan kejayaannya amat mengujakan. "Ya.. Ia satu kemenangan dan persembahan yang sukar dipercayai! Semua rakyat Ukraine mengucapkan terima kasih Jamala," kata Poroshenko dalam akaun Twitternya.


Powered by Blogger.