F Tuntutan RM5,300 Sebulan Rozana Melampau - Awie | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tuntutan RM5,300 Sebulan Rozana Melampau - Awie

Vokalis kumpulan Wings, Awie memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam bahawa semua tuntutan nafkah anak yang dikemukakan bekas isterinya, Rozana Misbun untuk dua anak mereka adalah tidak munasabah dan melampau.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, dalam pemeriksaaan utama sebagai defendan menyatakan tidak bersetuju dengan kesemua tuntutan tersebut.

“Anak-anak saya masih kecil dan saya sebagai ayah yang pernah menjaga mereka tahu perbelanjaan sepatutnya untuk mereka. Jumlah yang dituntut Rozana tidak munasabah sama sekali.

“Saya percaya amaun tersebut bukan untuk anak-anak saya,” kata Awie.

Awie bagaimanapun ketika ditanya peguam Syarie, Mohd. Syafiq Norizan yang mewakili lelaki itu mengenai nafkah anak yang munasabah untuk diberikan, Awie hanya menjawab jumlah tersebut sengaja diada-adakan Rozana.

Rozana dalam tuntutan nafkah kekal untuk kedua-dua anak mereka itu me­nuntut RM5,300 sebulan daripada Awie merangkumi perbelanjaan makanan, minuman dan keperluan diri (RM3,000), kos tempat tinggal (RM1,500) serta kos pembantu rumah sebanyak RM800.
Powered by Blogger.