F Tudung Neelofa Raih Jualan RM1.3 Juta Dalam Masa 3 Minit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tudung Neelofa Raih Jualan RM1.3 Juta Dalam Masa 3 Minit

Pelakon dan pengacara Neelofa mendedahkan jualan tudung jenamanya, Naelofar Hijab kebiasannya mengambil masa yang singkat kira-kira tiga minit dan mencecah jualan sehingga RM1.3 juta.

“Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja. Daripada situ kita boleh tengok kepercayaan orang dari segi kualiti dan harga yang kita tawar,” katanya dilapokan Malay Mail Online.

Setakat ini Naelofar Hijab mempunyai lebih 400 stokis di dalam dan juga luar negara termasuk Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia. Pada penghujung Jun ini, ia turut akan dijual di Turki dan juga London.

“Sangat luar biasa sebab mereka terkejut dengan koleksi kami. Mereka tidak biasa dengan tudung segera. Jadi bila kami persembahkan, mereka anggap ia ajaib dan automatik. Apa yang mereka pakai, tudung panjang yang perlu dililit dan banyak pin”, katanya.
Powered by Blogger.