F Tom Holland Kecewa Dengan Kostum Spiderman | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tom Holland Kecewa Dengan Kostum Spiderman

Pelakon muda yang menghidupkan karakter superhero, Spiderman dalam filem Captain America: Civil War iaitu Tom Holland menyatakan kekecewaannya terhadap saiz rekaan kostum untuk wataknya itu.

Menurut aktor berusia 19 tahun ini, kostum tersebut jauh berbeza dengan apa yang dibayangkannya.

"Saya berasa sedikit kecewa dengan kostum saya. Pelakon sebelumnya memiliki postur tubuh yang lebih tinggi, jadi aku terpaksa memakai kostum itu,"

"Kostum itu agak longgar ketika saya memakainya dan tidak terlalu menarik dan stail seperti yang saya bayangkan," katanya.

Dilaporkan pihak produksi bagaimanapun ada membuat pengubahsuaian terhadap kostum tersebut

Selain Tom, filem garapan sutradara Anthony Russo ini juga dibintangi oleh Chris Evans, Scarlett Johansson dan Martin Freeman.

Captain America: Civil War mula ditayangkan di pawagam tanah air sejak 28 April lalu.
Powered by Blogger.