F Tom Cruise Jual Rumah Agam, Hapuskan Kenangan Katie Holmes | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tom Cruise Jual Rumah Agam, Hapuskan Kenangan Katie Holmes

Rumah tangga Tom Cruise dan Katie Holmes memang sudah lama berakhir, namun begitu sehingga kini kisah silam mereka berdua tetap mencuri tumpuan media dan masyarakat.

Baru-baru ini, dikhabarkan Cruise telah benar-benar menghapus kenangannya bekas isterinya itu.

Memetik laporan Daily Mail, bintang filem Mission Impossible itu telah menjual sebuah rumah agam yang dahulunya pernah menjadi tempat tinggal dia bersama Katie.

Kediaman mewah yang terletak di Beverly Hills itu telah dijual dengan harga yang agak tinggi.

Satu sumber lain menyebut, kediaman itu telah dijual dengan harga tak kurang dari USD40 juta (kira-kira RM161 juta).

Bagaimanapun harga yang ditawarkan Tom itu jauh daripada tawarannya sebelum ini. Pada September 2015, aktor berusia 53 tahun itu dikatakan mahu menjual rumah tersebut dengan harga USD 50 juta.

Mansion mewah berkenaan dilengkapi dengan berbagai kemudahan antaranya memilik tujuh kamar tidur, sembilan tandas, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, taman permainan, kolam renang termasuk beberapa buah rumah tetamu.

Cruise dan Katie membeli kediaman tersebut dengan harga USD 30.5 juta pada tahun 2007, setahun selepas kelahiran anak anak perempuan mereka, Suri. Pasangan itu bercerai pada 2012.

Ini bukan kali pertama Cruise menjual asetnya. Pada Oktober tahun lalu, dia menjual sebuah lagi rumah agam miliknya yang terletak di Hollywood Hills kepada aktres Eva Longoria dengan harga USD 11.4 juta.

Dia juga melelong di pasaran tanah miliknya seluas 33 ekar yang terletak di Telluride, Colorad, dengan harga USD59 juta.

Pada tahun 2013, pelakon filem The Edge of Tomorrow ini juga pernah menjual apartment mewah miliknya yang terletak di New York's East Village dengan harga USD 3 juta.

Perkembangan lain, Cruise kini berada di United Kingdom dan sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya, The Mummy.
Powered by Blogger.