F Tidak kejar populariti Bella Thorne terus bertahan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tidak kejar populariti Bella Thorne terus bertahan

PERJALANAN seni selebriti berbakat besar, Bella Thorne tidak semudah disangka sejak mula menceburi industri Hollywood pada 2003.

Biarpun berpeluang memperluaskan bakat dalam bidang lakonan, nyanyian, peragaan dan penulisan, Thorne tidak menjadikan ruang hiburan Hollywood semata-mata untuk mencari glamor dan populariti.

Ini kerana, anak kelahiran Pembroke Pines, Florida, Amerika Syarikat ini mengakui kerja kerasnya hari ini bertitik tolak daripada kehidupan keluarganya yang susah sedikit masa lalu.

Mengakui tidak malu, Thorne sebaliknya menjadikan situasi itu sebagai motivasi utama untuknya berjaya seperti hari ini.

"Saya mengaku yang saya bekerja keras untuk berada pada tahap sekarang.

"Saya benar-benar mahukan pekerjaan ini.

"Saya cuma mahu melihat keluarga saya dapat makan dan saya mampu memberikannya kepada mereka," katanya.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Annabella Avery Thorne ini mengakui keluarganya adalah pendorong utamanya untuk terus bergerak dalam dunia seni hiburan Hollywood.

"Sebenarnya, saya pernah berasa putus asa dan banyak kali terfikir untuk berundur dari dunia serba glamour ini.

"Terlalu banyak tekanan yang perlu dihadapi dalam bidang ini tetapi mujurlah keluarga saya sentiasa berada di sisi.

"Sekurang-kurangnya, mereka begitu membantu saya melalui tekanan itu.

"Itu yang menyebabkan saya masih bertahan dalam bidang ini sehingga ke hari ini," katanya.

Rahsia kekuatan

Thorne, buat pertama kalinya membuat kemunculan menerusi filem Stuck On You pada 2003 namun, mula meraih populariti selepas berperanan sebagai Ruthy Spivey dalam drama televisyen (TV), My Own Worst Enemy pada 2008.

Namanya semakin kukuh selepas membintangi drama TV di saluran Disney, Wizards of Waverly Place (2010) dan Shake It Up (2010-2013).

Sejak itu, selebriti berusia 19 tahun ini semakin mencipta nama dengan membintangi pelbagai filem seperti Forget Me Not (2009), One Wish (2010), Raspberry Magic (2010), Blended (2014), Mostly Ghostly: Have You Met My Ghoulfriend? (2014), Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day (2015), Alvin and the Chipmunks: The Road Chip (2015), The Duff (2015) dan Big Sky (2015).

Tidak hanya itu, Thorne juga muncul dalam beberapa drama TV popular seperti Good Luck Charlie (2011), PrankStars (2011), Frenemies (2012), Phineas and Ferb (2014), CSI: Crime Scene Investigation (2014), Red Band Society (2014), K.C. Undercover (2015), Perfect High (2015) dan Scream (2015).

Jelas Thorne lagi, senjata dan kekuatan utama untuk bertahan dalam industri adalah dengan terus mempercayai kebolehan diri sendiri.

"Saya selalu sematkan dalam diri untuk percaya pada kebolehan diri sendiri.

"Anda tidak akan dapat meyakinkan orang lain dengan kelebihan yang dimiliki melainkan anda meyakinkan diri sendiri terlebih dahulu.

"Perkara itu sentiasa menjadi motivasi saya," katanya.

Kaki game

Dalam perkembangan lain, Thorne mencabar diri apabila melibatkan diri dalam filem yang diadaptasi daripada permainan video bersiri, Ratchet & Clank.

Filem arahan Kevin Munroe dan Jericca Cleland itu merupakan filem animasi daripada Gramercy Pictures dan Blockade Entertainment.

Dalam filem ini, Thorne tidak hanya ‘bertugas’ menyumbangkan suara bagi watak Cora Veralux tetapi juga perlu menjadi pemain permainan video (kaki game) bagi permainan video versi terbaharu, Ratchet & Clank untuk Sony’s PlayStation 4.

Menariknya, ini adalah cubaan pertamanya.

"Terus-terang, saya memang mahu melakukan filem ini. Pada masa sama, saya sangat berharap agar mereka mengajak saya untuk menyertai permainan videonya.

"Dan, bila mereka menyebutnya, saya mengakui sangat teruja. Ia sangat cool. Saya mahu lakukannya.

"Saya juga mahu merasai persekitarannya dan menjadi sebahagian daripada belakang tabir," katanya kepada Fortune.

Ratchet & Clank mengisahkan tentang Ratchet, seorang anak yatim piatu Lombax, dan Clank yang kecil tetapi merupakan robot yang sangat bijak.

Selepas mendapat tahu mengenai senjata yang akan memusnahkan planet, mereka bersatu dengan Galactic Rangers untuk menentang makhluk asing jahat, Chairman Drek dari memusnahkan Solana Galaxy. Sementara itu, dia juga belajar mengenai nilai keberanian, persahabatan seterusnya mencari identiti sendiri.

Apakah yang terjadi? Nantikannya di pawagam 26 Mei ini.
Powered by Blogger.