F Tiada niat burukkan orang Sabah - Liyana Jasmay | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tiada niat burukkan orang Sabah - Liyana Jasmay

Pelakon Liyana Jasmay mengakui kenyataan mengenai dirinya kurang selesa untuk keluar bersendirian setiap kali melawat suaminya yang menetap di Sabah, sebenarnya sekadar berkongsi pengalaman tanpa niat mengguris hati dan perasaan penduduk negeri itu. Sehubungan itu, Liyana, 28, memohon maaf kepada rakyat Sabah jika kenyataannya mengenai pengalaman diekori individu tidak dikenali, selain suaminya sering diserbu peminat yang ingin bergambar seperti yang dilaporkan beberapa portal berita mengundang kemarahan mereka. "Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu. "Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran," katanya menerusi status yang dimuat naik di laman sosial, Instagram dan Facebook. Liyana sebelum ini dikecam apabila beberapa portal mengeluarkan kenyataannya yang mengakui, dirinya dan suami iaitu ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, menjadi mangsa peminat yang mahu bergambar apabila mereka keluar di tempat umum di negeri itu. Laporan itu juga menyebut, Liyana menyatakan peminat di negeri itu sedikit fanatik hingga dirinya takut untuk keluar bersendirian setiap kali melawat suaminya yang bekerja di situ. Liyana juga pernah melalui pengalaman diekori oleh individu tidak dikenali ketika keluar bersendirian membeli barangan. Kenyataan Liyana itu mengundang kemarahan ramai, terutama warga Sabah yang menganggap diri mereka diperlekehkan. Liyana berharap penjelasannya itu merungkai salah faham mengenai isu terbabit dan pada masa sama, bersyukur kerana peminat di negeri itu sentiasa melayan suaminya dengan baik. "Saya gembira apabila suami mendapat layanan yang baik dan diharap anda semua tidak salah faham dengan artikel yang dipaparkan. Saya juga berharap masyarakat Sabah tidak memberi tanggapan salah mengenai penjelasan ini. "Saya memohon maaf jika temubual yang dijalankan dan artikel yang dipaparkan itu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima kasih atas teguran yang diberikan dan saya menghargainya," katanya.


Powered by Blogger.