F Terkejut ratusan ular dalam rumah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terkejut ratusan ular dalam rumah

 Seorang lelaki terkejut selepas mendapati bukan seekor tapi 150 ekor ular berada di dalam rumahnya.

Pesara pegawai perhutanan, Jitenda Mishra sedang tidur nyenyak apabila tiba-tiba tersedar selepas diganggu oleh bunyi yang pelik dan terkejut melihat dua ekor ular melingkar di sudut biliknya.

Namun, ketika dia cuba mengusir ular-ular berkenaan, dia mendapati lebih 100 ekor ular di atas lantai kediamannya yang terletak di daerah Lakhimpur, Uttar Pradesh.

Jitenda kemudian mengejutkan seluruh ahli keluarganya untuk melarikan diri ke rumah jiran.

Dia bersama beberapa penduduk setempat menghalau kesemua ular-ular tersebut dan melepaskan kembali ke hutan berdekatan.

"Pada mulanya, dua ke tiga ekor ular keluar, tetapi kemudian mendapati ratusan ular yang lain sebelum meminta bantuan jiran mengeluarkan mereka dari rumah.

Jurucakap Perhutanan Sanjay Biswal berkata, mungkin ada beberapa sebab disebalik kejadian ini, dan mungkin salah satunya ialah kerana ia musim ular mengawan.

"Ular cenderung mencari tempat yang selamat untuk mengawan.

"Kami sedang meneliti perkara itu lagi," katanya dipetik Mirror.uk
Powered by Blogger.