F Teringin Berlakon Dengan Suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Teringin Berlakon Dengan Suami

Selebriti Instagram, Atita Haris tidak menolak sekiranya ada tawaran berlakon dengan suaminya, pelakon Nas-T. Bagaimanapun Atita mengakui tidak mahu menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya serius tambahan akuinya dia seorang gugup apabila berada di depan kamera.

"Buat masa ini belum ada apa-apa tawaran berlakon lagipun saya ni seorang yang gugup apabila berada di hadapan kamera.

"Kalau setakat, berlakon untuk iklan tu boleh lah sebab tak banyak babak. Tapi saya tak menolak kalau ada tawaran saya berlakon dengan suami. Bolehlah dia ajar saya cara berlakon," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Raya Fellina Butik, bertempat di Flora Terrace, baru- baru ini.

Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pada 29 Januari lalu, ini dilantik sebagai duta kecil bagi koleksi jenama busana berkenaan.

Atita atau nama sebenarnya Nur Atikah Haris, 24, sebelum ini pernah berkahwin pada 2011 dan berpisah pada 2014. Dia mempunyai seorang cahaya mata perempuan Nur Sofia (Opie) Hazrul Fadhli berusia 4 tahun.

Sementara itu, Atita berkata, dia tidak menghalang anak kesayangannya menceburi bidang seni meskipun usia kanak-kanak itu masih muda. Tambahan Opie semakin menunjukkan minat dan sudah berjinak-jinak di hadapan kamera.

"Saya dan Nas-T ada belikan Opie satu telefon pintar, dengan telefon itulah dia suka bergaya dan sudah pandai ambil gambar sendiri.

"Saya tak kisah jika Opie terdedah dengan dunia seni sebab saya lihat dia ada minat ke arah bidang ini. Cuma memandangkan dia masih kecil dan belum tahu apa-apa jadi mungkin buat masa ini setakat muncul di iklan, rasanya tiada masalah," katanya.

Atita dan Opie bakal muncul dalam menerusi iklan sebuah produk mandian menjelang bulan Ramadan ini.
Powered by Blogger.