Berita Terkini
recent

Terima Gangguan Seksual, Kawalan Terhadap Oh My Girl Diperketatkan

KUMPULAN Oh My Girl didakwa menerima gangguan seksual daripada penonton ketika mengadakan persembahan di sebuah universiti.

Peminat kumpulan itu mendakwa seorang penonton lelaki melemparkan kata-kata berunsur seks kepada ahli-ahli kumpulan itu ketika mereka beraksi.

Mereka berang dan menganggap lelaki tersebut melakukan gangguan terhadap gadis bawah umur yang mana lapan ahli kumpulan berkenaan berusia 16 tahun.

Sementara itu, agensi pengurusan kumpulan itu, MW Entertaiment tampil menjelaskan akan cuba mengetatkan lagi perlindungan terhadap artis mereka.

"Ketika itu mereka sedang membuat persembahan dan tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut. Bagaimanapun, kami akan berusaha lebih ketat untuk melindungi artis kami," ujarnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.