F Terdesak Cari Calon Suami, Aktres Thailand Iklankan Diri di Billboard | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terdesak Cari Calon Suami, Aktres Thailand Iklankan Diri di Billboard

Aktres kelahiran Thailand, Pui Aranya, 40, mengiklankan dirinya pada papan iklan (billboard) di bandar Lat Phrao, Bangkok.

Iklan ala korporat itu turut menyertakan gambar serta teks berbunyi "40 tahun dan masih perawan. Pui Aranya perlukan suami sebelum mati."

Portal Daily Mail UK melaporkan, aktres itu memberitahu dia sangat serius dengan perkara tersebut.

Hasil carian di laman sosial menunjukkan Pui sebenarnya berusia 45 tahun dan dikategorikan dalam pelakon kelas B.

Laporan media tempatan menyebut Pui sudah putus asa kerana masih gagal bertemu jodoh walaupun telah berusaha dengan pelbagai cara.

Namun begitu, iklan itu dilapor telah diturunkan dan agensi pengiklanan terbabit dikenakan denda 500 baht (RM55) kerana menaikkan iklan kurang sopan.
Powered by Blogger.