F Tamam Idris dirawat akibat jangkitan kuman paru-paru | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tamam Idris dirawat akibat jangkitan kuman paru-paru

Pelakon veteran, Tamam Idris atau nama sebenarnya Bustamam Idris, 77 dikejarkan ke bilik kecemasan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), jam 12 tengah hari tadi akibat jangkitan kuman pada paru-parunya. Tamam atau mesra disapa Pak Tamam yang juga bapa mentua kepada pelakon dan penerbit, Den Wahab diminta oleh doktor yang merawatnya dari rumah untuk dirujuk kepada pakar di hospital apabila keadaannya semakin lemah. Anaknya, Norassikin berkata, keadaannya yang semakin lesu dan susut berat badan membuatkan mereka terpaksa memanggil doktor datang ke rumah. "Keadaan bapak sangat lemah sejak beberapa hari ini dan malam tadi kami terpaksa memanggil doktor ke rumah untuk merawat, tetapi doktor meminta bapak di rujuk terus ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan pakar. "Memang doktor mengesahkan bapak mengidap Pneumonia atau jangkitan kuman pada paru-parunya yang menyebabkan dia sangat lemah dan tidak bermaya," katanya yang dihubungi BH hari ini. Pak Tamam yang terkenal dengan drama Seorang Tua Di Kaki Gunung dan drama persilatan sejak era 80-an mengalami kesusutan fizikalnya sejak awal tahun ini akibat hilang selera makan. "Sebenarnya sejak kami sekeluarga pulang membawa bapak mengejarkan umrah pada 2012, dia seperti hilang selera makan tetapi masih bertenaga dan mampu lagi berlakon untuk dua drama iaitu Beret Hijau dan Renungan Ajal, itupun atau permintaan suami (Den Wahab) yang mahu dia terbabit sama dalam drama produksi kami. "Namun sejak awal tahun ini dia menunjukkan perubahan yang ketara apabila semakin lemah, lesu dan berat badannya turun mendadak kerana hilang selera makan. Mungkin kerana terlalu lemah itu juga menyebabkan paru-parunya mudah dijangkiti kuman. "Cuma permintaan bapak mengharapkan sahabat seangkatannya atau masyarakat yang mengenalinya dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti sedia-kala," katanya yang pernah menerima Anugerah Khas, Pelakon Veteran Lelaki, Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM), Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Seri Angkasa dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin Ke-8 (2006).


Powered by Blogger.