F Takut Cemburu, Bakal Tunang Elak Tonton Lakonan Ika Nabella | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Takut Cemburu, Bakal Tunang Elak Tonton Lakonan Ika Nabella

Pelakon Ika Nabella, 27, mendedahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hatinya yang merupakan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mohammad Zaid, 29.

Menurut Ika, majlis istimewanya itu akan diadakan di rumah keluarganya yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Sabtu ini.

"Saya baru saja selesai jalani pengambaran drama untuk TV9 berjudul Lara Hati. Sebenarnya sekarang ini saya sibuk membuat persiapan akhir untuk majlis pertunangan saya, pada Sabtu ini.

"InsyaAllah, rancangannya kami akan melangsungkan perkahwinan pada Julai nanti, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri cuma tarikh sebenar pihak keluarga belum putuskan lagi," kata Ika Nabila ketika ditemui pada sidang media jenama fesyen Bianco Mimosa, bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam pada itu, kata Ika, dia dan teman lelakinya itu mengambil keputusan untuk hanya mengikat tali pertunangan dalam tempoh singkat memandangkan mereka sebenarnya sudah lama mengenali antara satu sama lain dan masing-masing bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Jika diikutkan mereka mahu saja terus melangsungkan perkahwinan namun hasrat keluarga mahu mereka bertunang. Lagipun dalam tempoh itu sekurang-kurangnya memberi ruang dan masa bagi mereka membuat persiapan untuk majlis pernikahan.

"Keluarga yang mahukan kami bertunang dulu sebab sekurang-kurangnya boleh juga ambil masa untuk persiapan perkahwinan. Keluarga saya banyak bantu saya dalam menguruskan majlis saya.

"Sebenarnya kami sudah lama berkawan dan mengenali antara satu sama lain sejak dari zaman BBM (Blackberry Massenger) lagi. Kemudian kami terputus hubungan. Hampir dua tahun kami tidak berhubung lagipun masing-masing sibuk dengan kerjaya.

"Sehingga sekitar tahun lalu ketika menghadiri satu majlis makan malam teman saya, Mimi Haris, di situlah kami bertemu semula dan sejak itu kami kembali rapat. Kiranya, bulan Julai ini genap setahun hubungan kami. Saya selesa berkawan dengan dia kerana kami sudah faham dan tahu perangai masing-masing.

"Selepas dua kali keluar bersama, dia bertanyakan pada saya sama ada saya sudah punya teman atau belum. Saya katakan yang saya single. Dia juga kata begitu. Kedewasaan membuatkan kami rasa lebih baik untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya," tuturnya.

Meskipun Zaid bukan bekerja dalam industri seni, namun Ika berkata, bakal tunangnya itu memahami kerjayanya sebagai seorang artis dan pelakon dan tidak menghalangnya untuk terus bekerja walaupun selepas mereka berkahwin nanti.

"Dia ada beritahu saya, sebelum ini dia selalu juga menonton drama-drama lakonan saya. Cuma selepas sejak kami rapat semula ni, katanya, dia sudah kurang tonton drama lakonan saya sebab dia takut cemburu. Daripada dia ada rasa macam tu lebih baik dia tak tonton. Tapi dia memahami kerjaya saya dan tidak menghalang untuk saya terus berlakon", beritahu Ika.

Sementara itu perkembangan lain, disamping memenuhi undangan nyanyian, Ika juga sibuk dengan perancangan untuk memasarkan Shawl jenamanya sendiri, Shawl by Ika Nabela. Koleksi tudung tersebut bakal dipasarkan menjelang Ramadan ini.
Powered by Blogger.