F Tak sangka kenduri kahwin bertukar arwah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak sangka kenduri kahwin bertukar arwah

 Impian seorang ibu untuk melihat anak perempuan sulungnya melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 55, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, di sini pada jam 9.30 pagi tadi.

Lebih menyedihkan lagi, kemalangan tersebut turut meragut nyawa anak lelaki keduanya yang menunggang motosikal tersebut.

Norizan Mamat, 48, berkata, sehingga sekarang dia masih lagi terkejut dan tidak percaya kedua-dua anak kesayangannya itu pergi serentak.


"Tinggal sembilan hari lagi kenduri kahwin akan diadakan, barang-barang persiapan seperti bunga telur, hantaran semua dah siap.

"Ini merupakan kenduri kahwin pertama keluarga kami dan seekor lembu akan ditumbangkan untuk menjamu saudara mara serta tetamu.

"Saya tidak menyangka kenduri kahwin ini akan bertukar menjadi kenduri arwah, dan jika dihitung 29 Mei ini genaplah tujuh hari pemergian kedua-dua arwah," katanya ketika di temui di Kampung Perupok Jenereh di sini.

Bakal pengantin, Norhayatie Mohd Asri, 26, dan adiknya, Muhamad Amirul,21, merupakan anak sulung dan kedua daripada lima beradik.
Powered by Blogger.