F 'Tak faham kenapa saya, ayahanda dipantau SB' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Tak faham kenapa saya, ayahanda dipantau SB'

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa beliau kini dipantau oleh polis cawangan khas (SB) atas sebab yang beliau sendiri tidak ketahui.

Tunku Ismail berkata selain dipantau, pihak SB juga mahukan dokumen mengenai dirinya dan ayahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar

 "Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh 'Special Branch'. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," dakwanya melalui kemas kini di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu dibuat melalui akaun Johor Southern Tigers.

Menafikan dirinya sebagai seseorang yang boleh dianggap berbahaya atau pengganas, Tunku Ismail berkata beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat Johor.

"Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali bola sepak Malaysia," katanya.

Tunku Ismail merupakan seorang yang lantang bersuara, beliau acap kali menyatakan pandangannya secara terbuka dan telus.
Powered by Blogger.