F Tahan Malu, Hampir Tersungkur Gara-gara Kasut Tinggi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tahan Malu, Hampir Tersungkur Gara-gara Kasut Tinggi

Baru-baru ini diva terkenal Hollywood, Mariah Carey, 46, berdepan situasi yang memalukan dirinya apabila dia hampir terjatuh ketika berjalan gara-gara kasut tinggi yang dipakainya.

Insiden tersebut berlaku ketika membuat penampilan di acara permaidani merah sempena acara Universal Upfront NBC 2016 yang berlangsung pada 16 Mei lalu.

Pelantun All I Want For Christmas Is You ini nyaris terjatuh di depan khalayak.

Sebaik saja tiba di acara tersebut, ibu kepada dua cahaya mata ini terus berjalan di laluan dengan gaya cukup tenang namun tiba-tiba dia gagal mengimbangi dirinya menyebabkan kasutnya tertanggal dan dia hampir jatuh tersungkur .

Mujur, Carey dikelilingi beberapa pengawal peribadi dan dia sempat berpaut pada lelaki-lelaki bertubuh sasa itu.
Powered by Blogger.