F Syazliana seronok jadi suri rumah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Syazliana seronok jadi suri rumah

Hampir lima tahun meninggalkan dunia nyanyian, Syazliana seronok menjadi suri rumah selain memberi tumpuan kepada perniagaan hijab yang diusahakannya.

Syazliana yang pernah menghasilkan empat album sejak tahun 2001 menganggap industri nyanyian meriah dengan kehadiran artis baharu.

"Alhamdulillah kehidupan rumah tangga macam biasa. Sudah menginjak dua tahun setengah saya berkahwin.

"Memang sudah lama tak aktif menyanyi kerana tumpuan saya lebih kepada perkara lain termasuk perniagaan," katanya ketika ditemui BH Online pada pertunjukan fesyen Ezuwan Ismail bersama Fashion Valet di ibu negara, baru-baru ini.

Ketika aktif, Syazliana menghasilkan album Singgahsana pada tahun 2001; Demi Cinta (2003), Sinar Baru (2005) dan Syaz (2008).

Berkahwin dengan rakan kongsi perniagaannya, Muhammad Reza Jamaluddin pada tahun 2014, Syazliana memberitahu, dia belum dikurniakan zuriat.

Syazliana berkata, dia mengusahakan koleksi fesyen hijab jenama Liana K Exclusive Hijab.

"Hurut 'K' diambil dari huruf pangkal nama bapa saya. Selain berniaga dalam talian, saya juga membuka butik di Shah Alam.

"Pada masa sama, saya dan suami juga menguruskan syarikat percetakan sejak tahun 2008," katanya.
Powered by Blogger.