F Syanie Terkilan Dikutuk, Tak Maafkan Pembuat Fitnah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Syanie Terkilan Dikutuk, Tak Maafkan Pembuat Fitnah

Baru-baru ini, pelakon Syanie mengesahkan perkahwinannya dengan Nadi Putera yang dibina sejak 1 Mac 2014 telah pun berakhir.

Menurut Syanie, mereka sah bercerai talak satu pada 23 Februari lalu.

Kembali menjanda, perpisahan tersebut menjadi perceraian kedua dalam hidup Syanie yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd. Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002.

Bagaimanapun penukaran status berkahwin kepada solo yang dibuat bekas suaminya menerusi Facebook telah mencetuskan banyak persoalan serta reaksi mengenai bermacam-macam komen termasuk berbau positif dan negatif yang dilontarkan pelbagai pihak mengenai rumah tangganya.

"Penukaran status itulah yang mencetuskan banyak persoalan ditujukan kepada saya. Itu merupakan hak dia, jadi terpulang kepada dia hendak buat apa sahaja

"Sebenarnya saya agak tertekan, sebab itu saya tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum. Seperti sedia maklum, saya bukan jenis orang yang suka menghebohkan sesuatu perkara. Apabila keluar cerita begini, saya rasa tidak selesa. Mereka tidak tahu pucuk pangkal, tetapi secara tiba-tiba mahu bercakap perkara yang bukan-bukan.

"Bukan niat saya tidak mahu memaafkan, tetapi komen-komen yang diterima ada yang sampai ke tahap kurang sopan. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk memaafkan orang sebegitu. Saya terkilan kerana mereka mengutuk sedangkan mereka tidak mengenali saya secara peribadi. Mereka juga tidak berada di tempat saya," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Powered by Blogger.