F Surat PU Rahmat 'Mengayat' Mira Filzah Curi Tumpuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Surat PU Rahmat 'Mengayat' Mira Filzah Curi Tumpuan

Semalam, bekas peserta sebuah program realiti berunsur dakwah, Pencetus Ummah (PU) musim kedua iaitu PU Rahmat telah menulis surat menerusi laman sosial Facebooknya dan ditujukan istimewa kepada pelakon wanita yang kini sedang meningkat naik namanya, Mira Filzah.

Kandungan surat tersebut antaranya adalah ucapan tahniah Rahmat untuk pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu yang baru-baru ini memenangi gelaran Pelakon Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH29).

Selain itu, Rahmat atau nama sebenarnya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 23, turut berkongsi pengalaman manis beliau ketika menyertai misi ke kem pelarian mangsa perang Syria.

Surat istimewa tersebut mendapat banyak reaksi dan komen positif pengikut-pengikut laman sosialnya. Setakat ini, surat tersebut telah mendapat 10,000 'like' dan 2.4K 'share'

Apa yang mencuri tumpuan dan menjadi bualan hangat ramai adalah kerana kandungan surat tersebut yang menarik untuk dibaca seolah Rahmat cuba ‘mengayat’ Mira.

Ramai juga yang memuji dan menganggap pendekatan yang digunakan Rahmat itu sebagai satu cara dia berdakwah dan penyampaiannya sampai kepada rata-rata pengikutnya yang membaca surat itu.

Tak kurang, ada pengikut yang meninggalkan komen berunsur gurauan dan membuat andaian bahawa Rahmat ada maksud tersirat menulis surat tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi pemuda itu sebenarnya sudah jatuh hati pada Mira Filzah.

Bagaimanapun di akhir-akhir kandungan surat itu, Rahmat menyatakan bahawa dia berharap agar Mira terus mencipta kejayaan dalam kariernya dan menjadi contoh yang baik untuk masyarakat.

Rahmat juga menitip pesan kepada aktres itu agar memanfaatkan populariti yang diraihnya bagi sebuah gelombang kebajikan dan kemanusian.

Rahmat juga turut meninggalkan info mengenai tabung Syria kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas.

Berikut isi kandungan surat PU Rahmat untuk Mira Filzah:


Powered by Blogger.