F Sultan Johor kagumi dua wanita dalam hidup baginda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sultan Johor kagumi dua wanita dalam hidup baginda

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengagumi dua wanita dalam hidup iaitu bonda baginda, Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah serta isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

"Hari ini, saya memikirkan tentang dua wanita yang paling penting dan istimewa dalam hidup saya iaitu ibu dan isteri saya.

"ALLAH SWT telah memberkati saya dengan seorang ibu yang berani dan isteri yang mengagumkan," titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah, mereka sentiasa bersama di sisi keenam-enam anak saya dan saya sendiri, di kala susah mahupun senang. Mereka berdua adalah insan cemerlang dan yang amat saya kasihi.

Baginda bersyukur di atas kasih sayang tanpa sempadan dan yang tidak berbelah yang diberikan oleh mereka kepada keluarga.

"Saya berharap anda semua akan menghargai ibu anda. Hormatilah dan jagalah mereka dengan baik.

"Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar Ibu. Moga ALLAH SWT terus melimpahi rahmatNYA buat anda semua sentiasa.
Powered by Blogger.