F Sultan Johor ikuti final Piala FA di skrin besar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sultan Johor ikuti final Piala FA di skrin besar

AKSI perlawanan akhir Johor Darul Takzim (JDT) menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam turut disaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda tuanku yang berkenan mengetuai Kembara Mahkota Johor 2016 menyaksikan perlawanan tersebut dari Kem Iskandar, Mersing.

JDT  muncul juara Piala FA 2016 selepas menundukan PKNS FC 2-1 hasil jaringan Safiq Rahim dan Pereyra Diaz.

"Terima kasih atas sokongan dan doa  anda semua," titah Tuanku yang menonton siaran langsung dari skrin besar di Kem Iskandar Mersing, di sini.

Susulan kejayaan itu, baginda tuanku turut berkenan bertitah mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor.

Perkara tersebut disampaikan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.

Kemenangan tersebut sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun penguasaan pasukan dari selatan tanah ini iaitu kali terakhir muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Ismail turut memaklumkan kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi insentif ke atas skuad Harimau Selatan ini atas kejuaraan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata pihaknya mengikut ketetapan cuti peristiwa yang diputuskan Kerajaan Negeri Johor sama seperti sebelum ini.
Powered by Blogger.