F Sukar ramal Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sukar ramal Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam

Pemenang tiga kali Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), Shaheizy Sam mengakui agak sukar meramal siapa yang akan membawa pulang trofi idaman ramai berkenaan pada malam ini. Persoalan sama ada mampukah suami kepada Syatilla Melvin ini mencipta kejayaan kali keempat hanya akan terjawab, malam nanti. Sam memenangi gelaran berkenaan pada edisi 2010, 2012 dan 2014. "Tahun ini saya sendiri sukar menebak siapa yang akan menang Bintang Paling Popular. Selama ini apa yang kita nampak, mereka yang menang kategori utama itu selalunya mencipta fenomena tersendiri dalam industri kita. "Contoh seperti Datuk Siti Nurhaliza yang terkenal dengan kekuatan vokal, Mawi pula bersama fenomena SMS zaman Akademi Fantasia, manakala Nabil Ahmad menerusi lawaknya. "Saya sendiri dikenali menerusi kejayaan filem Adnan Sempit dan fenomena musim industri filem membuat kutipan pecah panggung. "Kalau sebelum sampai ke peringkat Top 5 tempoh hari, saya nampak kekuatan ada pada Zizan Razak selepas kejayaan filem Polis Evo dan kejayaannya pada Anugerah Meletop, tetapi saat ini, rasa macam bukan anugerah ABPBH pun ada kerana ramai pesaing zaman kita dulu sudah tiada dalam senarai finalis," katanya. Apa pun, kata Sam, semua itu adalah kuasa peminat sebagai pengundi. "Sesiapa pun boleh jadi Bintang Paling Popular. Sejujurnya saya tidak nampak lagi fenomena yang dikatakan tadi," katanya yang baru selesai penggambaran filem Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali.


Powered by Blogger.