F Suami Maria Farida Dakwa Dilanggar Bekas Isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Suami Maria Farida Dakwa Dilanggar Bekas Isteri

Suami kepada pelakon Maria Farida iaitu Datuk Rahman Shakur, 62, membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kecederaan akibat dilanggar bekas isterinya dalam satu kejadian di Taman Nirwana, Ampang, pada Selasa.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang kira-kira pukul 4 petang.

Rahman mendakwa, Hadijah atau dikenali Karen Rayyan telah melanggarnya di sebuah kondominium dipercayai milik bekas isterinya itu sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Bagaimanapun, Karen menafikan kejadian itu dan turut membuat laporan polis di IPD Ampang kira-kira pukul 5.30 petang.

Dakwa Karen, dia bukan melanggar lelaki itu tetapi cuba mempertahankan dirinya dan menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka sehingga menyebabkan bekas suaminya terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamza Alias mengesahkan menerima laporan polis daripada kedua-dua pihak dan tiada tindakan diambil.

Maria Farida mendirikan rumah tangga bersama Rahman pada 26 November 2015.
Powered by Blogger.