F Suami kekok peminat dekati Feeya Iskandar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Suami kekok peminat dekati Feeya Iskandar

Suami kepada penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar iaitu Nurashid Abd Wahab, 29, mengakui kekok menyesuaikan diri dengan tuntutan kerjaya isterinya terutama pada permulaan perkahwinan mereka apabila sering disapa peminat setiap kali keluar bersama. "Beberapa hari pertama selepas diijabkabulkan, saya rasa janggal apabila peminat sering mendekati Feeya untuk bergambar. Bukan tidak selesa, cuma saya masih belum memahami sepenuhnya tuntutan kerjayanya. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. "Lagipun, kami baru seminggu mendirikan rumah tangga, jadi masih banyak yang saya perlu pelajari. Saya perlukan masa untuk semua itu. "Saya tidak pernah menghalang Feeya daripada meneruskan kerjayanya sebagai penyampai radio dan pengacara. Lagipun, ketika kami mula berkenalan, isteri sudah berada dalam bidang ini," katanya. Pasangan itu diijabkabulkan pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga Feeya di Johor Bahru. Mereka terlebih dulu mengikat tali pertunangan pada 5 Disember lalu selepas lima bulan berkenalan. Ditemui pada majlis resepsi mereka yang diadakan di sebuah hotel di sini, Feeya berkata, dirinya dan suami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata namun menyerahkan perkara itu kepada rezeki. "Saya dan suami sukakan kanak-kanak dan jika diberikan Allah rezeki, kami ingin segera menimang cahaya mata. Kehadiran anak akan menjadi pelengkap kepada rumah tangga dan saya sudah bersedia menjalankan tanggungjawab itu," kata Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan. Feeya juga bersyukur apabila urusan perkahwinan mereka dipermudahkan malah ketiga-tiga majlis yang dirancang sudah selesai. "Sebenarnya, kami mengejar masa kerana bulan puasa semakin hampir. Menjelang pernikahan dan persandingan, jadual saya sibuk membuatkan saya terpaksa melakukan perancangan lebih awal. Saya tidak dapat mengambil cuti panjang untuk menguruskan majlis kami. "Selesai majlis resepsi di sebelah lelaki, saya dan suami akan berbulan madu di Bali, Indonesia selama lima hari. Selepas itu, masing-masing akan kembali sibuk dengan kerja," katanya. Lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis resepsi pasangan itu termasuk rakan selebriti seperti Lan Kristal, Abby Fana, Adi Fashla, Dina Nadzhir, Adeline Tsen dan Jamal Jamaludin.


Powered by Blogger.