F 'Stress' asyik disuruh jadi lelaki sejati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Stress' asyik disuruh jadi lelaki sejati

Jutawan kosmetik yang mencuri tumpuan baru-baru ini dengan berita penghijrahannya, Saifuddin Illias, 22 atau lebih dikenali dengan nama Safiey Illias akui tertekan dengan ‘cadangan’ yang dibuat orang ramai melalui media sosial dalam usaha untuk beliau menjadi lelaki sejati.

Ada yang meminta Safiey menyimpan janggut dan misai, pergi ke gimnasium untuk menjadi kekar, bermain bola dan macam-macam lagi.

“Kadang-kadang saya ‘stress’ sendiri baca komen-komen anda . Suruh ‘sado’, suruh bela janggut, suruh pergi gimnasium, suruh ‘tough’ (tegap), suruh simpan misai, suruh main bola, suruh lepak mamak tengok bola.

“Saya pun tak faham kenapa anda suka sangat ‘highlight’ (beri penekanan) tentang dunia. Mungkin niat baik anda nak saya jadi lelaki sejati macam suami dan diri anda tapi terus terang saya kata saya tak boleh,” tulisnya dalam kemas kini status di laman sosial Facebook.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa golongan transgender atau mak nyah perlu mengikuti jejak langkah Safiey yang kembali ke pangkal jalan untuk menjadi lelaki semula.


Beliau berkata, tindakan Safiey itu merupakan usaha yang baik dan perlu dicontohi golongan transgender yang jauh tersimpang daripada ajaran Islam.

Menurutnya, masa yang ada sekarang ini beliau perlu gunakan untuk memikirkan Akhirat dan belajar.

“Sekarang dah tak ada masa saya nak fikir hal-hal dunia. Banyak lagi amalan dan ilmu agama yang saya perlu tebus, qada’ dan belajar.

“Hal dunia ini sumpah saya tak sempat nak buat. Saya pun dilahirkan memang tak berbulu sangat dan saya bersyukur atas apa yang ALLAH bagi.

“Jangan kata saya tak berdoa pula, dah hari-hari menangis teriak minta ALLAH tumbuhkan janggut supaya tak ‘stress’ dengan komen anda semua tapi ALLAH tak makbul lagi,” katanya.

Sebelum mengakhiri tulisannya, beliau sempat bertanya apa konsep lelaki sebenar di mata orang ramai.
Powered by Blogger.