F Status 'suami orang' tak jejas karier - Harris | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Status 'suami orang' tak jejas karier - Harris

Penyanyi baharu, Harris Baba, 25, tidak percaya pandangan segelintir pihak yang menganggap status berkahwin boleh menjejaskan karier anak seni. Harris yang bernikah dengan Nik Naziha Zawawi, 21, di Keningau, Sabah, Jumaat lalu, percaya keputusan mendirikan rumah tangga akan memberi lebih kebahagiaan dan rezeki daripada Allah. "Saya tak faham kenapa orang kata kerjaya seni akan lingkup jika kita berkahwin ketika mengasah nama. Saya melihat di sebaliknya. "Perkahwinan itu suatu rahmat. Saya percaya Allah sudah menulis rezeki yang akan diberi kepada saya. "Apa yang saya lihat, muzik memainkan peranan dalam menentukan jatuh bangun karier, bukannya hal peribadi," katanya kepada BH Online. Harris atau nama sebenarnya, Khawaja Mohammad Harris Baba berkata, biarpun hanya mengumumkan perkahwinan melalui Instagram, dia melihat ramai peminat gembira dan mengucapkan tahniah. Malah, gara-gara perkahwinannya, akaun Instagram Harris bertambah kepada 1,000 pengikut kepada hampir 50,000 orang. Sehubungan itu, Harris berkata, hal peribadi tidak mengganggu kariernya. "Pada usia yang masih muda, saya mahu meningkatkan pendapatan dan bekerja keras untuk menjadi insan berjaya. Saya mahu tonjolkan lebih banyak lagu berkualiti kepada peminat. "Berdasarkan pengikut yang bertambah sejak berkahwin, ia cukup membuktikan peminat masih setia di sisi... Insya-Allah," katanya yang popular dengan lagu Katakan hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong.


Powered by Blogger.