F Status Ibu Bataskan Keinginan Dian Sastrowardoyo Berfesyen | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Status Ibu Bataskan Keinginan Dian Sastrowardoyo Berfesyen

Mengakui dirinya seorang yang sukakan fesyen namun aktres cantik, Dian Sastrowardoyo, 34, mengakui dia sebenarnya sering tidak mempunyai banyak masa untuk memenuhi keinginanya dalam berfesyen.

Menurut Dian, sejak memengang status dan memikul tanggungjawab sebagai ibu, jika tidak terikat dengan komitmen penggambaran, masanya hanya untuk suami dan anak-anaknya.

"Saya bersyukur dan bahagia kerana mempunyai keluarga, suami dan anak-anak yang menyokong kuat kerjaya saya. Jadi sesibuk mana pun saya, keutamaan tetap pada keluarga. Saya harus disiplin dan tahu membahagikan masa antara kerjaya dan waktu bersama keluarga.

"Ya benar, saya juga memang sukakan fesyen tetapi sejak bergelar ibu, saya sudah tidak punya banyak masa lagi untuk berfesyen. Kalau mahu ke mana-mana saya perlu bersiap secepat mungkin kerana itu saya rasa saya sekarang bukanlah seorang yang sering berfesyen," tuturnya yang tampil anggun mengenai gaun rona kelabu rekaan Biyan.


Dian berkunjung ke tanah air sempena malam gala Ada Apa Dengan Cinta 2 yang berlangsug di e@Cure Damansara, kelmarin.

Turut hadir pengarahnya Riri Riza, penerbit Mira Lesmana serta barisan pelakon lain seperti Nicholas Saputra, Titi Kamal, Adinia Wirasti, Sissy Prescillia, Titi Kamal juga Kamal juga penampilan Melly Goeslow dan Anto Hoed.

Bercerita mengenai AADC2, Dian berkata walaupun dipertemukan semula dengan heroinnya selepas 14 tahun, keserasiannya dengan Nicholas Saputra tetap kuat.

"Keserasian antara kami itu sudah ada sejak dulu, selepas 14 tahun pun, setiap kali kita bertemu, keserasian itu masih ada," katanya.

Dian dan Nicholas pernah mencipta fenomena lebih sedekad lalu apabila filem lakonan mereka, AADC, ditayangkan sekitar 2002. Dalam karya arahan Rudy Soedjarwo itu, mereka membawakan watak pasangan kekasih remaja bernama Cinta dan Rangga.

Tambahnya, dia juga sangat seronok sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut kerana dapat berkumpul bersama teman-temannya lain.

"Momen paling indah ialah apabilasaya dapat bersama dengan teman-teman lain. Sejak di AADC hingga sekarang, hubungan persahabatan kami sangat rapat bukan hanya dilayar malah di luar. Mereka antara sahabat sejati saya.

"Sepanjang penggambaran, kami berseronok dan kerana itu saya anggap tempoh jalani penggambaran itu seolah-olah satu percutian buat kami," katanya.

Diarahkan oleh Riri Riza, sekuel AADC2 bakal ditayangkan serentak di tiga buah negara iaiatu Indondesia, Malaysia dan Brunei mulai 28 April ini.
Powered by Blogger.