F Spice Girls kembali | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Spice Girls kembali

Sekian lama menyepi, tiga anggota kumpulan Spice Girls, Geri Horner, Melanie Brown dan Emma Bunton bakal tampil dengan single baru.

Sejak dua hari lalu, mereka khabarnya menghabiskan masa di sebuah studio di London bagi merakamkan lagu.

Bukan sahaja single baru, trio itu dikatakan akan mengeluarkan album sempena dua dekad Spice Girls dalam industri muzik.

Bagaimanapun, dua anggota lagi iaitu Victoria Beckham dan Melanie Chisholm tidak menyertai perjuangan itu.

The Telegraph melaporkan, Geri, Melanie dan Emma sudah mengatur rancangan menjayakan lima persembahan di Atlantic pada 2017.

Kelmarin, Melanie yang mesra dengan panggilan Mel B memuat naik gambar berserta kapsyen yang memberi bayangan kumpulan itu kembali aktif menyanyi.

Khabar angin Spice Girls akan membuat kemunculan semula hangat diperkatakan selepas produser kumpulan itu, Eliot Kennedy mendedahkan sibuk dengan projek baru di media sosial.

Kumpulan Spice Girls yang ditubuhkan pada 1994 mencipta nama selepas lagu Wannabee mendominasi carta muzik di seluruh dunia.
Powered by Blogger.