F Spekulasi hamil itu doa untuk saya - Stacy | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Spekulasi hamil itu doa untuk saya - Stacy

Stacy atau nama lengkapnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, tidak tertekan apabila kerap diajukan soalan mengenai kehamilannya, sebaliknya menganggap ia sebagai doa ikhlas daripada peminat yang tidak sabar melihatnya berbadan dua. Mengimpikan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad pada 5 Februari lalu di Kota Kinabalu, Sabah, Stacy mengakui berdebar setiap kali memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikulnya sebagai ibu. "Saya anggap apa saja spekulasi atau soalan mengenai diri saya hamil sebagai doa orang ramai. Saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang terbaik buat saya dan Akim namun buat masa ini, kami belum dikurniakan rezeki lagi. "Mungkin kerana saya 'buncit' membuatkan ada pihak yang salah anggap apabila melihat gambar saya. Tanggungjawab sebagai ibu bukan perkara yang boleh dipandang remeh, berdebar-debar juga apabila mengenangkan status yang membawa erti besar itu," katanya. Masih meneruskan aktiviti seni seperti biasa, Stacy dan Akim bakal tampil dengan koleksi pakaian dengan menjalin kerjasama bersama pereka fesyen, Raffiey Nasir sempena musim Aidilfitri nanti. Idea itu dicetuskan oleh Akim dan dipersetujui Stacy yang menggemari rekaan busana pereka fesyen itu.

Stacy berkata, koleksi yang bakal ditampilkan itu mendapat sentuhan peribadi mereka. "Akim meluahkan hasrat untuk mengeluarkan koleksi pakaian yang digemari kami berdua. Koleksi itu bukan saja boleh dipakai ketika musim perayaan, tetapi juga boleh digayakan untuk majlis santai. "Koleksi itu dijangka diperkenalkan pada bulan puasa nanti. Kami memilih untuk berkolaborasi dengan Raffiey kerana selesa dan serasi dengan rekaannya. Dia juga bertanggungjawab mereka busana untuk majlis resepsi saya di Sabah dan Johor. "Kami berharap peminat dapat menerima kolaborasi dan idea yang dicetuskan ini. Kali pertama mengambil pendekatan untuk menghasilkan rekaan bersama, saya berdebar menantikan sambutan peminat," kata Stacy. Dalam perkembangan lain, Stacy dan Akim terbabit dengan penggambaran program Romantika di Dubai yang bakal bersiaran pada musim perayaan Aidilfitri nanti.


Powered by Blogger.