Berita Terkini
recent

Song Joong Ki Disambut Ribuan Peminat Thailand

POPULARITI aktor Song Joong Ki bukan sahaja menjadi fenomena di Korea, malah turut mendapat perhatian di Thailand apabila kehadirannya disambut oleh ribuan penduduk negara itu.

Pelakon drama Descendants Of The Sun itu tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 4 Mei lalu untuk acara bersama peminat di negara berkenaan.



Ketika sahaja Joong Ki muncul, para peminat mula menjerit seperti histeria, namun aktor berusia 30 tahun itu kelihatan tenang dengan situasi tersebut.

Joong Ki bergaya santai mengenakan topi terbalik dengan baju dan seluar biasa sahaja.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.