F Siti Nurhaliza terkejut AR Rahman ikuti karier | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Nurhaliza terkejut AR Rahman ikuti karier

Pertemuan Datuk Siti Nurhaliza dengan maestro muzik Bollywood, AR Rahman di kediaman penyanyi nombor satu negara itu di ibu negara, semalam, membuka peluang kerjasama antara mereka. Siti Nurhaliza, 36, berkata, pemenang Oscar dan komposer lagu 'Jai Ho' itu mencadangkan mereka membuat persembahan bersama penyanyi dari Iran, Sami Yusof. "Ketika ini, AR Rahman banyak mencipta lagu berunsur ketuhanan. Kebetulan dia tahu Siti pernah berduet dengan Sami menerusi lagi You Came To Me dan pernah menyanyi berdua di Singapura, beberapa tahun lalu. "Disebabkan itu, timbul cadangan AR Rahman untuk menggandingkan kami bertiga dalam sebuah persembahan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Luminuos White keluaran SimplySiti di Kota Damansara, tadi. Siti berkata, jika tidak cadangan itupun, dia memang teringin bekerjasama dengan AR Rahman. "Tak kisahlah lagu pop atau ketuhanan, asalkan dia sudi memberikan lagunya pada Siti, itu sudah cukup menggembirakan. "Siti harap hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan dan hasrat bekerjasama terlaksana," katanya. AR Rahman berada di Malaysia sempena konsertnya di Stadium Merdeka, Sabtu lalu. Siti juga terkejut apabila mendapat tahu komposer terkenal itu mengikuti perkembangan dirinya. "AR Rahman tahu saya pernah merakamkan lagu ciptaannya berjudul 'Nenje Ezhu' untuk program International Superstar 2015 terbitan Astro, Ogos tahun lalu. "Mengikut cerita penganjur, keinginannya untuk bertemu Siti timbul selepas melihat iklan yang menampilkan wajah Siti. "Sepanjang sejam dia berada di rumah Siti, banyak cerita yang kami bualkan. Siti sempat memberi hadiah seperti cakera padat Siti, koleksi pakaian dan tudung kepadanya," katanya. Sementara itu, pada majlis itu, Siti diumumkan sebagai Ikonik Usahawan untuk bazar mega, Vendeur Festival Mega Lebaran yang akan diadakan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di ibu negara, selama dua hari mulai 18 Jun depan.


Powered by Blogger.