F Single Haida 'meletup' di Indonesia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Single Haida 'meletup' di Indonesia

Penyanyi, Haida Hafiz, 35, memperuntukkan masa lebih panjang di Indonesia sebaik dendangannya, Kekasihku Milik Orang yang dilancarkan di Jakarta bulan lalu meraih sambutan hangat. Penyanyi yang kini berada di bawah naungan syarikat milik Yuni Sara itu mengakui bersyukur apabila impian melebarkan kerjaya di tanah seberang dapat direalisasikan selepas beberapa tahun berulang alik. Katanya, tawaran diajukan kakak kepada Krisdayanti untuk menerbitkan singlenya yang diajukan tahun lalu itu umpama pembuka jalan sekali gus pencetus semangat untuk beliau menyerlahkan kemampuan. "Syukur single pertama ciptaan komposer berpengalaman, Wido diterima baik. Walaupun ini lagu dangdut sulung dan memberi cabaran ketika rakaman, kepercayaan Yuni Sara sebagai produser membuatkan saya lebih bersemangat. "Sebelum ini memang saya berulang alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta tetapi selepas kemunculan lagu baharu, tanggungjawab memenuhi undangan menyanyi dan promosi lebih tertumpu di sana," kata ibu kepada seorang anak itu. Beliau memaklumkan bercuti seketika di ibu negara demi pelancaran Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (Bintang), awal minggu ini selain menemui keluarga tercinta. Mengakui semakin selesa dengan genre dangdut, penyanyi yang popular menerusi lagu Zapin Usik Mengusik bersama Senario menyatakan pengalaman bekerja dengan Yuni Sara sangat bermakna. "Kami bertemu beberapa tahun lalu pada persembahan di majlis ekslusif. Beliau sangat menyenangkan dan peramah. Tidak sangka sejak itu kami boleh berkawan baik dan kemudian berkolaborasi. "Buat masa ini kerjaya saya lebih tertumpu di Indonesia kerana syarikat pengurusan mempunyai pelbagai perancangan. Namun andai ada undangan pentas di Malaysia dan punya kelapangan mungkin saya boleh balik sambil melepas rindu.


Powered by Blogger.