F Sherry Ibrahim cabar diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sherry Ibrahim cabar diri

MENJADI penyanyi adalah impian sebenar buat pelakon berbakat besar, Sherry Ibrahim.

Namun, pelakon berusia 33 tahun itu mengakui peluangnya untuk mengembangkan bakat sebagai penyanyi bagaikan tiada.

"Saya minat menjadi penyanyi sejak di bangku sekolah lagi. Tapi, peluang sahaja tiada. Malah ada yang fikir saya pernah menghasilkan single," katanya kepada Zass.

Sehubungan itu, pemilik nama sebenar, Syarizad Ibrahim ini menjadikan program realiti, Gempak Superstar sebagai landasan untuk merealisasikan impiannya itu.

"Awalnya, saya hampir menolak untuk menyertai program ini kerana saya seorang yang gemuruh di pentas (stage fright).

"Tapi, apabila difikirkan kembali, saya menyahut cabaran untuk menyertai program ini kerana mahu mencabar diri dan bukan untuk bersaing.

"Lagi pula, inilah masanya saya mahu bekerja dengan orang-orang hebat dalam industri seperti Datuk Ramli MS.

"Saya mahu menjadi penyanyi, tetapi saya sendiri tidak tahu mengenai teknikalnya. Jadi, sudah tiba masanya untuk saya belajar," katanya.

Malah, kekasih Fattah Amin ini turut berharap agar peluangnya menjadi penyanyi akan lebih cerah, selepas ini.

"Insya-Allah, kalau diberi peluang saya ingin pergi lebih jauh dalam bidang ini.

"Mungkin berkesempatan ada lagu sendiri. Jadi, ini adalah peluang terbaik untuk saya terus belajar," katanya yang mengagumi penyanyi hitam manis, Dayang Nurfaizah.

Biarpun baharu sahaja berhijrah, Sherry bagaimanapun mengakui perkara itu tidak sesekali menjejaskan pembabitannya dalam program realiti tersebut.

"Saya ada merujuk kepada yang pakar. Tetapi, inilah cara saya untuk mencari rezeki. Cuma, apabila membabitkan bidang seni, saya tidak boleh seperti dulu. Ada perkara yang perlu dipandang serius terutama soal pergaulan," katanya.
Powered by Blogger.