F Sharon Osbourne Elak Baca Laporan Perpisahannya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sharon Osbourne Elak Baca Laporan Perpisahannya

ISTERI kepada penyanyi Ozzy Osbourne iaitu Sharon Osbourne mengelak daripada melihat gambar atau membaca sebarang artikel mengenai perpisahannya dengan lelaki berkenaan.

Sharon merasakan ia akan menambahkan lagi luka dan penderitaan yang sedang ditanggung apabila gagal mempertahankan rumah tangga yang dibina selama 33 tahun.

E Online! melaporkan Sharon berkata demikian ketika muncul dalam program The Talk bagi menjawab isu perpisahan mengejut dengan Ozzy.

"Saya memang mengelak daripada membaca atau melihat sebarang gambar. Saya tahu apa yang sedang berlaku dan tidak perlu membacanya daripada internet atau akhbar kerana ia akan menambah lagi luka yang ada," katanya.

Dalam pada itu, Sharon memberitahu dia masih belum membuat sebarang keputusan tentang perceraian buat masa ini.

"Saya berterima kasih atas perhatian semua namun buat masa ini belum ada perancangan untuk bercerai," katanya.

Terdahulu, Sharon dilaporkan nekad meninggalkan suaminya itu selepas menjumpai pelbagai emel kecurangannya bersama wanita lain.
Powered by Blogger.