F Sharnaaz Bengang Intan Suraya Komen Gambarnya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sharnaaz Bengang Intan Suraya Komen Gambarnya


Gara-gara memberi komen pada sekeping foto Sharnaaz Ahmad bersama kekasihnya Nabila, di laman Instagram, pengacara Intan Suraya menerima kecaman daripada netizen.

Memetik laporan BH online, Intan menjelaskan komen yang dilayangkan itu bukan bermaksud menegur aktor tersebut apatahlagi berniat memburukkan mana-mana pihak sebaliknya dia seronok melihat Sharnaaz dan Nabila yang tampak mesra.

"Saya tiada niat mahu menegur. Siapalah saya untuk menegur orang terutama jika membabitkan akhlak dan agama.

"Ketika saya skroll gambar di laman Instagram, saya ternampak gambar Sharnaaz dan pasangannya dan terlintas betapa romantis mereka.

"Manalah saya pasti status mereka. Benar, kami dalam satu industri tetapi sudah menjadi perkara biasa jika kita terlepas pandang.

"Lalu saya bertanya kepada Sharnaaz adakah dia sudah berkahwin dengan Nabila. Manalah tahu, jika sudah berkahwin, saya mendoakan yang baik-baik," katanya

Selepas komen dikongsi Intan, Sharnaaz memberi reaksi yang berbunyi:

"Kenapa ya? Ada masalah ke?". Intan kemudian membalas dengan kata-kata:

"Takda masalah.. nak doakan bahagia till jannah..kalau sudah. Kalau belum, nak doakan semoga terhindar daripada fitnah.. Amin. "Oh ya dan satu lagi, nak tuju lagu.. kalau sudah (berkahwin), lagu KRU 'Till Janna'. Kalau belum, nak tuju Sweet Charity lagu 'Jangan Tunggu Lama lama'. Sekian...Bye!"

Berikutan itu, ramai peminat memihak kepada Sharnaaz sekligus mengkritik Intan yang disifatkan tidak patut memberi komen begitu.

Intan berkata, dia terkejut membaca komen Sharnaaz yang ditujukan kepadanya. Dalam hatinya terlintas, aktor itu sepatutnya bersedia dengan segala kemungkinan apabila memuat naik gambar dalam media sosial.

"Biasanya, bila komen seperti ini, orang kata 'menyibuk'. Dalam media sosial, tiada istilah itu. Ini kerana umum akan memberi komen. Jika tak suka orang bertanya, senang saja caranya. Buat cara Anuar Zain, jangan langsung ada media sosial.... Aman. Tiada viral," katanya.

Sementara itu, Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Entah, sakit hati kat mana, kasihan pada dia. Biarkan dia 'terjun dengan labu-labunya."
Powered by Blogger.