F Sharifah Khasif berpisah cara baik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sharifah Khasif berpisah cara baik

KAMI sudah berpisah secara baik baru-baru ini dan ia merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya,” tutur bekas suami kepada Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman, 44 ketika berbicara mengenai penceraian mereka.

Rumah tangga yang dibina antara mereka berdua pada September 2012 berakhir selepas Mohammad Hizal melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Jujur saya katakan, saya berat hati untuk melafazkan talak ketika di mahkamah tempoh hari kerana saya masih mengharapkan keajaiban berlaku,” kata Mohammad Hizal petik laporan Mingguan Malaysia.

Daripada perkahwinan bersama isteri pertama Shahrul Zakiah Mat Yusof, 44, Mohammad Hizal dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Hizal, berkata Sharifah Khasif diceraikan bukanlah kerana emosi sebaliknya mendakwa sudah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan itu.

"Tiada sebab mengapa saya harus memutuskan silaturahim dengan bekas isteri kerana kami pernah menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.

“Saya juga masih bapa kepada anak kami, Adeer Widad yang baru berusia setahun sebulan.

“Saya berkahwin dengan dia secara baik dan begitu juga pada saat jodoh akhir kami. Kami berpisah secara baik,” katanya.

Sharifah Khasif, buat masa ini belum bersedia menemui media dan akan mengemukakan tuntutan hak penceraian tidak lama lagi.
Powered by Blogger.