Seung Hee Pengsan Selepas Adakan Persembahan

ANGGOTA kumpulan Oh My Girl iaitu Seung Hee dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba jatuh pengsan dibelakang pentas ketika membuat kemunculan menerusi program Music Score.

Soompi melaporkan kejadian berlaku selepas kumpulan itu mengadakan persembahan sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Pengurusnya segera membawanya ke sebuah hospital berdekatan dan pihak pengurusannya dalam satu kenyataan memberitahu Seung Hee mengalami sesak nafas dan kesakitan pada bahagian perutnya sebelum dia jatuh pengsan.

Bagaimanapun keadaannya kini stabil namun pihak hospital mahu dia melakukan beberapa ujian bagi memastikan tiada sebarang komplikasi lain.
Seung Hee Pengsan Selepas Adakan Persembahan Seung Hee Pengsan Selepas Adakan Persembahan Reviewed by Kakigosip on 20:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.