F Selera Misha bertambah sejak hamil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selera Misha bertambah sejak hamil

Sebelum ini, penyanyi, Misha Omar, tidak kisah andai beliau tidak menyentuh nasi, namun keadaan sedikit berbeza apabila dirinya berbadan dua. Sejak beberapa minggu lalu, Misha, 34, mengaku selera makannya kian bertambah dan nasi bagai menjadi menu utama setiap kali dirinya berasa lapar selain punca tenaga. Bagi mengalas perut juga, penyanyi Bunga-Bunga Cinta ini memilih untuk mengunyah buah-buahan. Kata Misha, berat badannya meningkat kepada tujuh kilogram sejak memasuki trimester kedua kehamilan. "Alhamdulillah trimester pertama berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Malah, saya juga tidak mengidam sebarang makanan sepanjang tempoh kehamilan. Cuma saya mahukan nasi untuk setiap hidangan dan ia membuatkan berat badan semakin bertambah. "Jika dulu saya tidak menitik beratkan pengambilan nasi, namun ia kini menjadi antara makanan ruji dan kemestian. Oleh kerana saya sering berasa lapar, saya mengambil inisiatif membawa bekal seperti buah-buahan untuk mengisi perut. "Biasalah, ketika hamil hormon tidak menentu. Kadang kala saya cuba untuk tidak terlalu mengikut emosi. Ada ketikanya saya begitu bertenaga menjalankan rutin harian dan ada masanya tiada kudrat pula untuk bekerja," katanya kepada BH Online. Misha berkata, biarpun kebanyakan lagu yang dipopularkan olehnya bernada tinggi, namun beliau menggunakan teknik pernafasan berbeza bagi memastikan kesihatan dan mutu nyanyiannya kekal sama. Beliau antara penyanyi yang muncul menjayakan segmen persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu. "Jika dulu saya menyanyi menggunakan teknik pernafasan daripada perut, namun kini saya banyak menggunakan otot bahagian atas tubuh. Biarpun belum lagi menguasainya, namun secara perlahan-lahan saya mencuba untuk memahirkan diri. "Ramai yang bertanya mengenai bahaya menyanyi sambil meneran, namun ada caranya bagi memastikan kerja saya tidak membahayakan bayi dalam kandungan. Lagipun, doktor juga menjelaskan kita lebih mengetahui kemampuan tubuh sendiri," kata Misha.


Powered by Blogger.