F Selepas Lipstik Ungu, Terlupa Pula 'Sorok' Perut Buncit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selepas Lipstik Ungu, Terlupa Pula 'Sorok' Perut Buncit

Penampilan Aishwarya Rai di Festival Film Cannes 2016 baru-baru ini bukan saja berjaya mencuri tumpuan malah mencetuskan isu hangat. Bukan sekadar memakai gincu bibir warna ungu dan disifatkan ramai pihak sebagai ganjil berbanding penampilan biasanya.

Malahan, gayanya ketika berjalan di acara permaidani merah telah mengundang komen negatif sesetengah pihak. Meskipun ramai yang memuji kejelitaan bintang terkenal Bollywood ini yang tampil dengan persalina gaun labuh tetapi seperti ada yang tidak kena dengan dirinya.

Di satu sisi, bekas Ratu Cantik Dunia itu nampak sangat cantik dengan gaunnya. Namun di sisi lain, Aishwarya nampak seperti terlupa menahan nafas membuat perutnya jelas kelihatan agak buncit.

Selain itu, warna kalis mata yang dipadankan iaitu berwarna biru dianggap oleh netizen India sebagai pelik dan mengerikan.
Powered by Blogger.