F Sejak hamil, Raja Farah malas nak melawa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sejak hamil, Raja Farah malas nak melawa

Ramadan yang bakal disambut bulan depan memberi sisi berbeza buat Raja Farah kerana akan menyambutnya dalam keadaan berbadan dua. Raja Farah, yang berkahwin kali kedua dengan Iskandar Ismail, September tahun lalu dijangka melahirkan anak sulungnya hujung Ogos depan. Bertemunya baru-baru ini, dia mengakui tidak berdepan dengan alahan teruk ketika mengandung. Sebaliknya dirinya gemar bergaya ringkas jika ingin keluar berjalan. "Saya jadi malas nak pakai cantik. Nak bersolek ringkas pun tak kuasa apatah lagi mengenakan gincu. Saya lebih selesa tidak beriya sangat nak melawa. Suami saya pun tidak berdepan simptom mengidam benda bukan-bukan. Pendek kata, masih terkawal. "Ikutkan ini pengalaman pertama kami berdepan situasi baharu, tetapi syukur masih boleh dilalui sebaik mungkin," katanya. Ketika ini, Raja Farah dan suami masih berahsia mengenai jantina anak mereka. "Kalau diizinkan Tuhan, kami inginkan anak lelaki. Saya juga sudah melakukan pengimbasan jantina bayi, tetapi tunggulah dahulu. Biar 'suprise'," katanya. Tambah Raja Farah lagi, beliau seboleh-bolehnya mahu berpuasa penuh sekalipun hamil. "Saya sudah berbincang dengan suami dan merancang untuk berpuasa. Mungkin akan cuba berpuasa beberapa hari lebih awal sebelum tibanya Ramadan. "Jika mampu, saya akan teruskan berpuasa seterusnya sepanjang Ramadan. Kena tengok keadaan. Kalau boleh memang tak mahu tinggalkan puasa," katanya. Dalam perkembangan lain, sejak Mac lalu, dia menyertai program Assalamualaikum di TV AlHijrah, bergandingan dengan Irma Hasmie. "Saya berkemungkinan besar akan mengacara program itu sampai Julai. Selepas itu kena berhenti sebab menghitung hari untuk melahirkan anak.," katanya yang baru dilantik menjadi duta sebuah produk susu kambing.


Powered by Blogger.