F Sebak terima plak nama suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sebak terima plak nama suami

"Saya akan simpan ini, dia berkhidmat untuk negara," itu kata-kata Datin Mastura Yazid, balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar sebaik menerima plak nama suaminya, Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad di Dewan Rakyat.  

Beliau yang terus memeluk plak berkenaan sambil menangis, sehingga mewujudkan suasana pilu dalam kalangan anggota Parlimen yang hadir pada majlis penyerahan plak itu oleh Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad di dewan persidangan.

Mastura serta keempat-empat anaknya dibawa melihat tempat duduk Allahyarham di Dewan Rakyat sempena Majlis Tahlil dan Yassin yang dianjurkan BNBBC di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Ia diadakan bagi memperingati Allahyarham Wan Mohd Khair-il Anuar dan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Anggota Parlimen Sungai Besar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Majlis itu juga bagi mendoakan kesihatan Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan di rumahnya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, 13 Mei lepas.

Turut hadir pada pada majlis itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah dan anggota Dewan Rakyat yang lain.

Dalam nahas helikopter itu, turut terkorban ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.
Powered by Blogger.