F Search Singkir Afjets, Tetap Teruskan Konsert | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Search Singkir Afjets, Tetap Teruskan Konsert

Kumpulan lagenda tanah air, Search sebulat suara membuat keputusan membatalkan kontrak Memorandum of Understanding (MOU) dengan Afjets Sdn Bhd kerana kegagalan pihak berkenaan selaku penganjur Konsert Search 35 Tahun mematuhi MOU tersebut sekaligus dianggap tidak bersikap profesional.

Search melalui program Yusmadi Yusoff daripada Fahda Nur & Yusmadi telah menghantar notis pembatalan seperti yang dikehendaki oleh MOU pada 19 Mei 2016.

Semenjak MOU tersebut ditandatangani pada 25 Disember lalu, Search telah menunaikan segala tanggungjawab seperti yang dikehendaki di dalam MOU tersebut sehinggalah yang terakhir, Meet & Greet di Melaka pada 16 April 2016.

Selain itu, Search kesal dengan kenyataan-kenyataan Eksekutif Afjets, Amrul Nizar Anwar yang telah menimbulkan salah faham dan mengelirukan termasuklah laporan media yang menyebut kemungkinan Konsert 35 Tahun Search akan dibatalkan disebabkan isu hubungan Search dengan Yazit. Sebaliknya kenyataan-kenyataan tersebut disifatkan sebagai satu helah untuk mengaburi kegagalan Afjets yang selama ini gagal mematuhi tanggungjawab di bawah Memorandum of Understanding (MOU).

"Kami sebulat suara 'back of' dengan rasa kecewa kerana sudah masuk lima bulan tetapi tidak banyak yang dicapai malah setiap kali perbincangan sejak dari hari pertama tidak ada yang berlaku termasuklah dari segi keputusan pentas dan lain-lain.

"Pihak berkenaan tidak profesional apabila melibatkan isu konflik antara kami dengan Yazit.Kenyataan daripada CEO syarikat tersebut banyak menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Sepatutnya sebagai penganjur, pihak berkenaan perlu mengawal seandainya terdapat tidak ada persefahaman dan memastikan konsert ini berjalan lancar. Bukannya bersikap seperti "menambah minyak ke dalam api" dengan kenyataan-kenyataan mengelirukan dan menyebabkan fitnah kepada pihak Search terutama kenyataan Search sengaja menyingkirkan Yazit daripada terlibat dalam konsert tersebut. Padahal semua itu tidak benar,"kata vokalis Amy, pada sidang media khas penjelasan Search terhadap isu konsert tersebut, bertempat di Sri Hartama, pada petang tadi.

Mengikut MOU tersebut, Afjets dan Search sepatutnya menubuhkan satu syarikat kerjasama (JV Co) atas nama AFJS yang mana sehingga hari ini tidak dibuat oleh Afjets walaupun hanya tinggal kurang daripada tiga bulan bagi menguruskan kolaborasi Konsert 35 Tahun Search.

Kegagalan Afjets mengendalikan hal ehwal pengurusan dan keewangan konsert tersebut telah menyebabkan salah faham di antara Search dan Yazit sehingga menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadap kumpulan itu.

Dalam pada itu, Amy bagaimanapun berkata mereka tetap akan meneruskan konsert sempena sambutan ulangtahun 35 tahun mereka bertapak dalam industri seni tanah air.

"Show must go on. Konsert ini harus direalisasikan kerana mungkin ini konsert kami yang terakhir. Sama ada ia akan diadakan pada tarikh yang sama atau tidak, kita tidak tahu lagi.

"Kami membuka ruang kepada mana-mana pihak yang mahu bekerjasama menaja konsert kami dan kita akan mulakan semuanya daripada awal semula.

"Bagi peminat yang sudah membeli tiket, kami minta maaf dan itu adalah tanggungjawab sepenuhnya Afjets,"katanya.

Sementara itu, pihak Afjets ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai pembatalan MOU tersebut.
Powered by Blogger.