F Search mahu Yazit tarik balik laporan polis, mohon maaf | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Search mahu Yazit tarik balik laporan polis, mohon maaf

Search memberi tempoh 48 jam kepada pemain dram mereka, Yazit Ahmad, untuk menarik balik laporan polis yang dibuatnya berhubung tuduhan pecah amanah dilakukan kumpulan terbabit sekali gus memohon maaf secara terbuka. Malah, pemain gitar kumpulan itu, Nasir Daud, turut memberi amaran kepada Yazit supaya berhenti menyebarkan fitnah kerana tindakan dilakukannya itu sudah cukup memalukan Search. "Tuduhan mengatakan anggota kumpulan ini melakukan pecah amanah adalah sangat melampau kerana tindakannya itu seperti mahu menyumbat kami ke penjara. Segala urusan pembayaran termasuk konsert sebelum ini semuanya melalui proses yang betul. "Selama ini kami sudah cukup bersabar dengan perangainya yang suka menimbulkan kekecohan setiap kali Search mahu mengadakan konsert. Jika dia enggan berbuat demikian, tindakan susulan akan diambil oleh peguam kami," kata Nasir pada sidang media yang diadakan di Plaza Damas, di sini, hari ini. Hadir sama wakil peguam Search, Yusmadi Yusoff, dan anggota lain iaitu Amy, Kid serta Nordin. Yazit pada 4 Mei lalu membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dengan menuduh Search melakukan penyelewengan terhadap duitnya selain tidak memberikan bahagian beliau seperti dijanjikan.

Sementara itu, vokalis Search, Amy, melahirkan kekecewaan kerana tuduhan berkenaan memberikan kesan secara peribadi terhadap dirinya. "Apabila tuduhan itu dilemparkan, netizen mula menggunakan agama untuk menghentam saya. Mereka mempersoalkan kredibiliti saya sebagai pemilik tahfiz kerana terbabit dalam isu berkenaan. Perkara itulah yang membuat saya terkilan," luahnya.


Powered by Blogger.